Friday, March 25, 2011

:::10 JENIS SOLAT YG TIDAK DITERIMA OLEH ALLAH S.W.T:::

Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barang siapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim)

Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.

2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.

3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.

4. Orang lelaki yang melarikan diri.

5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).

6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.

7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.

8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.

9. Orang-orang yang suka makan riba'.

10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.

"Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah."

Hassan r.a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."

wallahua'lam...smoga kita smua trhndar dripd prkra2 trsbut..:)


Friday, March 11, 2011

//...RENUNGAN INSAN BIASA...//

Jadilah insan yang mulia di sisi ALLAH,
Bukan di sisi manusia,
Orang yang bersifat mulia apabila....

Tempat dia berpijak
Adalah hamparan sejadah baginya...

Kalau dia bicara, bicaranya hikmah,
Kalau dia berdiam, diamnya itu zikir,
Nafasnya tasbih,
Matanya penuh Rahmat dan kaseh sayang,
Telinganya terjaga,
Fikirannya baik sangka,
Hatinya diam2 berdoa,
Tangannya selalu bersedekah,
Kakinya berjihad,
Kekuatannya adalah silaturrahim,
Kerinduannya tertegak syiar Islam,
Strateginya sabar dan kaseh sayang,
Cita-citanya syahid di jalan ALLAH,
Kesibukkannya asyik memperbaiki diri.....

*** Sentiasa berusaha memperbaiki diri ke arah yang lebih baik... Semoga dipermudahkan.... InsyaALLAH..aamiin~~

TEMAN @ SAHABAT...


Hargailah bila bersahabat…
Maafkanlah bila terluka…
Fahamilah bila keliru…
Nasihatilah bila terleka…
Tegurlah bila tersilap…
Ingatilah bila kesunyian…
Itulah kehebatan ukhwahfillah…

Apabila kau ingin berteman…
Janganlah kerana kelebihannya…
Kerana mungkin dengan satu kelemahan…
Kau mungkin akan menjauhinya…

Andai kau ingin berteman…
Janganlah kerana kebaikannya…
Kerana mungkin dengan satu keburukan…
Kau akan membencinya…

Andai kau inginkan sahabat yang satu…
Janganlah kerana ilmunya…
Kerana apabila dia buntu…
Kau mungkin akan memfitnahnya…

Andai kau inginkan seorang teman…
Janganlah kerana sifat cerianya…
Kerana andai dia tidak pandai menceriakan…
Kau mungkin akan menyalahkannya…

Andai kau ingin bersahabat…
Terimalah dia seadanya…
Kerana dia seorang sahabat…
Yang hanya manusia biasa…
Jangan diharapkan sempurna…
Kerana kau juga tidak sempurna…
Tiada siapa yang sempurna…
Kerana itu bersahabatlah kerana Allah…

Bertemu dan berpisah..Hidup dan mati hanyalah untukNya….


.....::KITA SERING LUPA::.....

Hidup ini singkat saja..
Sentiasa berkurang dengan masa..
Sering dilupa dengan kesenangan dunia..
Terasa akan hidup selamanya..

Dunia ini sementara saja..
Bandingan 1 hari disana dengan 1000 tahun didunia..
Namun sering kali kita lupa..
Hanya kerana keindahan dunia yang sementara..

Berhentilah seketika..
Renungkanlah dimana pengakhirannya..
Pilihan untuk kita cuma dua..
Syurga dengan redha-Nya atau Neraka dengan murka-Nya..

Sejauh mana kita mengenal-Nya..
Sedalam mana cinta kita kepada-Nya..
Seikhlas mana kita mengikuti perintah-Nya..
Seindah mana puji syukur kita kepada-Nya..

Kenalkah kita pada kalam-Nya..
Kenalkah kita kepada kekasih-Nya..
Kenalkah kita pada petunjuk-Nya..
Kenalkah kita pada tanda2 kebesaran-Nya..

Pernahkah kita bertanya..
Pernahkah kita memikirkannya..
Pernahkah kita memahaminya..
Pernahkan kita meyakininya..

Pertemuan dengan-Nya adalah suatu yang nyata..
Adakah pertemuan itu dengan redha atau murka-Nya..
Pilihan ditangan kita jangan disalahkan sesiapa..
Pilihlah sebaiknya sebelum kiamat(mati) tiba..
Tiada peluang mengulangi kehidupan dunia..
Melainkan hanya SEKALI saja..

Pertemuan dengan-Nya pasti akan tiba..
Tidak dapat dihindar atau ditangguh pula..
Ianya pasti akan tiba tanpa pengetahuan kita..
Bersediakah kita menghadapinya..

Semoga bermanfaat untuk renungan bersama..
Semoga sentiasa dalam petunjuk juga hidayah-Nya..
Serta dalam lindungan juga jagaan-Nya..
Juga bertemu dengan-Nya dalam Redha, Rahmat serta Barakah-Nya..
Insya Allah.. ^_^

PINGGAN DAN MANUSIA.....

Di sebuah kawasan perumahan ada seorang jiran yang ingin berkongsi makanan yang ada padanya pada hari itu. Maka diletakkan makanan itu ke dalam 3 buah pinggan lalu diberikan kepada 3 orang jirannya. Sesudah agak lama diberikan pinggan itu kepada jirannya, jiran-jirannya itu telah mengembalikan balik pinggan yang telah diberikan kepada mereka kepada tuan punya pinggan itu dalam tiga keadaan yang berbeza.

Jiran yang pertama telah memberikan balik pinggan itu dalam keadaan yang bersih kerana dia telah mencuci pinggan itu sebelum diberikan balik kepada jirannya tadi. Dan dengan senang hati tuan pemilik pinggan itu menerima pinggannya daripada jirannya yang pertama ini dan meletakkan pinggan itu di rak pinggannya.

Jiran yang kedua pula telah memulangkan pinggan itu dalam keadaan kotor. Hal ini disebabkan jirannya yang kedua ini tidak menyucikan pinggan itu sebelum dipulangkan kepada pemilik pinggan tersebut. Dengan perasaan yang sedikit kesal pemilik pinggan ini telah menerima pinggan itu daripada jirannya yang kedua ini. Lalu dia menyucikan pinggan tersebut sebelum di letakkan di rak pinggan mangkuknya.

Jiran yang ketiga pula telah memecahkan pinggan tersebut. Jadi jirannya itu memulangkan pinggan yang pecah itu kepada pemilik pinggan tersebut. Dengan perasaan yang marah pemilik pinggan itu terus membuang pinggan yang pecah itu ke dalam tong sampah kerana pinggan tersebut sudah tidak boleh digunakan lagi.

Jadi apa pengajaran yang kita dapat daripada cerita ini???

Tidak terfikirkah kita bahawa Allah telah memberi pinjam nyawa dan tubuh badan ini kepada kita.
Jadi kita lah yang perlu memilih bagaimana hendak memulangkan apa yang telah dipinjamkan ini kepada Pemiliknya.

Jiran yang pertama telah membersihkan pinggan yang dipinjamnya sebelum dipulangkan kepada pemilik pinggan tersebut. Oleh kerana itu pemilik pinggan itu menerima pinggan itu dengan perasaan yang gembira kerana pinggannya dalam keadaan yang bersih dan terus diletakkannya ke dalam rak pinggan.
Jadi kesimpulannya apabila seorang hamba telah kembali kepada Allah SWT dalam keadaan yang bersih maka Allah akan redha dengan hamba tersebut dan terus memasukkannya ke dalam syurga.

Jiran yang kedua pula telah memulangkan pinggan itu kepada pemilik pinggan tersebut dalam keadaan yang kotor menyebabkan pinggan itu terpaksa dibasuh terlebih dahulu sebelum di simpan di rak pinggan.
Jadi kesimpulannya apabila seorang hamba yang kembali kepada Allah dalam keadaan kotor (berdosa) tetapi masih mempunyai iman maka Allah akan memasukkannya ke dalam neraka terlebih dahulu untuk menyucikan dosanya sebelum hambaNya ini diletakkan di dalam syurga.

Jiran yang ketiga pula telah memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan pecah dan tidak boleh digunakan lagi. Oleh sebab itu pemilik pinggan tersebut terus membuang pinggan tersebut ke dalam tong sampah.
Jadi sama lah juga keadaannya dengan kita sebagai hamba Allah SWT. Seorang hamba yang kembali kepada Allah SWT dalam keadaan rosak dan tidak boleh dicuci (orang yang tidak beriman atau melakukan dosa-dosa yang tidak diampunkan oleh Allah SWT) maka hambaNya ini akan terus masuk ke dalam neraka dan akan berada di neraka untuk selama-lamanya.

Jadi pilihlah dalam keadaan mana kita ingin kembalikan apa yang telah dipinjamkan kepada kita ini kepada Pemiliknya iaitu Allah SWT. Adakah seperti jiran yang pertama atau jiran yang kedua atau jiran yang ketiga???

Sama-sama renungkan.......................................